Friday, May 28, 2010

Holiday - Japan Trip - Day 2

Di shimbamba station

Hari ni hari Ahad, 2-May, plan nak gi jauh skit, jauh pun takdela jauh sgt, naik train je da smpai. Hari ni Nurul ikut kiteorg berjalan, kebetulan mgu yg kiteorg datang ni adalah golden week bagi Jepun, minggu cuti dieorg, satu minggu. Batrisya bangun awal pagi ni, da mandi, siap2 tak sabar2 nak kuar berjalan, (anak papa-mama ni kalo berjalan mmg pantang, tau2 "jom" die cakap). Pagi ni nak pegi ke Harajuku pastu ke Takashita street, tak naik kete da, kene naik train lak. Orang Jepun kat sini, kereta bukan lah satu keperluan yg penting tuk dieorg, sbb public transport yg dieorg ade mmg da "superb". Tak pernah lewat seminit, mmg bagus, sharp on time ! Dari uma kakak-nurul, Shimbamba station hanya 10 minit berjalan kaki, dan station ni adalah local station, sbb kiteorg kene pegi ke central station, Shinagawa tuk tukar train. Kat Malaysia kite panggil rapid kl tuk LRT, STAR dll, tp kat Jepun, dieorg panggil JR (Japan Railways), dan berpuluh2 "line" yg dieorg ade tuk keretapi dieorg bergerak dalam satu hari, dan nak pegi ke Harajuku ni kiteorg pegi ke "Yamanote Line".



JR lines (berpuluh-puluh train bergerak dalam satu hari)







Takeshita Street
Kiteorg naik train ke Shinjuku, dan berjalan kaki skit ke Takashi Street..smpai nye kat sane, ramai btul org2 kat sane, penuh lorong ni ngn pelbagai fesyen org2 jepun ni. For info, Takashi street ni adalah one of the famous street kat Jepun. Kat sini la, remaja2 jepun berkumpul, lepak2 ngn kawan dieorg dan yg paling menarik perhatian dieorg akan pakai pakaian fesyen yg pada aku, nampak pelik2. Tapi, kat Jepun ni, jadi satu trend tuk anak2 muda sini..(mungkin aku da terasa diri ni da tua kot..tak sesuai ngn jiwa aku skg ni...hehehe)..Banyak barang2, aksesori, baju, dan lain di jual di sini. Batrisya time ni duk dalam stroller diam jer, perhatikan sekeliling pelbagai ragam org die tgk. Dari Takeshita street, kiteorg berjalan kaki ke JR station untuk ke Ikebukoro, bandar tmpt org ramai jual2 barang murah can t-shirt dan souvenir yg lain. Kalo nak ikut kan kalo cuaca di Malaysia, kiteorg berjalan kaki di Takeshita street yg berapa kilometer panjangnya akan berpeluh ketiak, tp di Jepun, sejuk nye tak kan membiarkan ketiak anda berpeluh..hmm, bayangkan sejuk nye kat sane walaupun matahari da tegak atas kepala ni...best !..



Harajuku












Harajuku station

Dari Harajuku, kiteorg naik train ke Sunshine Building, Tokyo. Tempat yg kiteorg nak pegi ni adalah salah satu tmpt attraction tuk orang ramai tgk keindahan bandar tokyo pada ketinggian 60 tingkat. Macam biase, smpai jer, org ramai tgh beratur nak amik tiket ngn naik lift, perut da berkeroncong, kiteorg lunch dulu. Makan ? kiteorg makan TEMPURA.batrisya pun suka especially nasi jepun yang sticy bersama udang,sotong & sayur2 yg digoreng rangup.hmm, bagi aku, cuma makanan jepun yg aku tak leh nak telan sushi jer,sbb tekak ni akan rase geli geleman kat tekak mase nak telan nnti..yg lain no problem nye, janji kenyang. Pas makan, kiteorg naik kat sunshine building ni, konsep tarikan bangunan ni same cam menara kl yg kite ade.
Tgk bandar tokyo dari atas bangunan ni, pergh....terpegun, rasenye KL baru suku dari bandar Tokyo ni, patutla dapat gelaran negara yg padat dengan penduduk dan bandar yg palilng maju ! Batrisya tak sabar2 nak turun dari stroller, riangnye die belari2, main dengan anak2 jepun yg ade kat situ. Kiteorg abis kan mase smpai petang kat sini sblm bertolak balik ke Shimbamba.

Tokyo view from sunshine building

Dari Sunshine building, kiteorg naik train ke Shinagawa balik, dan terus ke Shimbamba local station, sblm berjalan kaki balik ke rumah. Jam da menunjukkan pukul 7ptg, tp suasana pukul 7 ni adalah cam da pukul 9 mlm kat Malaysia. Smpai rumah, berehat, dan menunaikan kewajipan pada Allah, dan tido. Recharge badan balik tuk journey for day 3.

Me, Batrisya Alisya and my lovely wife at roof top of sunshine building

To be continued at Day 3 journey
...







No comments:

Post a Comment